Tuesday, May 22, 2012

Cinta Si Ikan Buntal dan Si Kambing Liar

HARGA:
SEMENAJUNG: RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 21.00


SINOPSIS:

Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar.

Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masingmasing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain.

Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila.

Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila?


Aduhai Cinta ~ Samsiah Mohd Nor
Harga: SEM- RM21.00/ SS- RM24.00

HARGA BELUM MASUK POS
ISBN: 978-983-124-768-6
Halaman: 512

Sinopsis: “Aduhai Cinta… apa ada padamu?” Itulah keluhan Suri Abadi. Dia tidak Nampak cinta bersama Hermand, apatah lagi untuk menikmati indahnya cinta bersama lelaki yang kaku dan kelu itu. Untuk rindu, jauh sekali kerana lelaki itu tidak romantik dan gemar memungkiri janji.

Namun, bunga-bunga cinta mulai mewarnai hidup si gadis apabila dia bertemu dengan Fard Fahim yang memiliki sifat romantik dan penyayang. Fard Fahim hadir bersama wangian mawar putih yang sentiasa mengiringi pertemuan mereka. Suri Abadi nampak cinta di mana-mana. Kehadiran Fard Fahim mengindahkan dunia cintanya yang suram selama ini. Dia mula hanyut menyulam mimpi dan harap an bersama lelaki itu.

Masalah melanda dan malang datang bertimpa-timpa. Di saat Suri Abadi begitu memerlukan Fard Fahim untuk berkongsi duka, lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Kerana kecewa, Suri Abadi berkahwin de ngan Hermand. Fard Fahim muncul kembali sewaktu Hermand berubah pada karakter lamanya. Sekali lagi cinta Suri dan Fard berputik. Sebagai isteri orang, mampukah Suri Abadi menepis cinta Fard Fahim yang pernah bertakhta di hati? Bertahankah rumah tangga Suri Abadi bersama Hermand? ADUHAI CINTA... berikan aku jawapannya.



Ingin berkasih lagi ~ Damya Hanna

Harga: SEM- RM25.00/ SS- RM28.00

HARGA BELUM MASUK POS
BELI LEBIH ADA DISKAUN MENANTI ANDA!

ISBN: 978-983-124-765-5
Halaman: 640

Sinopsis: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.



Terus Cintai Aku ~ Aleya Aneesa

Harga: SEM- RM23.00/ SS- RM26.00


HARGA BELUM MASUK POS
ISBN: 978-983-124-766-2
Halaman: 692

Sinopsis: Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat




Tajuk: Cukup Sekadar Dirimu
Penulis: Aireen Erina
ISBN: 978-983-124-769-3

Harga: RM21.00/ SS- RM24.00


HARGA BELUM MASUK POS

Sinopsis:

Zaiza hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi.

Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu.

Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?



Duka Bersulam Rindu (Penulis : AMEERA AMEER)

HARGA: SEM- RM22.90/ SS- RM25.90

HARGA BELUM MASUK POS
Sinopsis: 

Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan.
“Pa...tolong pa...Riss nak tinggal sini pa. Riss nak tinggal dengan suami Riss...jangan pisahkan Riss dengan Idzhar pa...tolong pa...” rayu Arissa dalam esakan.
“Suami? Ini suami yang Riss banggakan? Suami yang tidak mampu memberikan apa-apa pada Riss?” soal Tan Sri Ariffin sinis.
Arissa akur, insan yang amat di cinta terpaksa ditinggalkan. Tapi mengapa? Bukankah Idzhar segala-gala dalam hidupnya?
‘Maafkan Riss abang....Riss terpaksa tinggalkan abang...Riss sayangkan abang dan cinta Ris akan terus hidup untuk abang…’
Selama enam tahun Idzhar merindui Arissa dan selama itu dia membawa lara di hati. Airmatanya menjadi murah sangat ketika ini. Syukur Ya Allah! Syukur! Hari ini, dia dipertemukan semula dengan bidadari hatinya.
Tapi kenapa wajah Arissa beku? Sudah berubahkah dia? Mengapakah tidak tersirna sekelumit jua rasa rindu di mata itu?
“Kalau I boleh ulang balik masa tu... I tak akan buat apa yang I dah buat dulu dan memang I menyesal sangat-sangat.” Ya Allah! Begitu sekali bencinya Arissa pada diri ini.
Arissa pasrah pada ketentuan Illahi. Ada sesuatu yang Idzhar tidak pernah tahu. Kehadiran Nylea yang selama ini menjadi rahsia dan punca perpisahan mereka. Biarlah hanya tuhan yang tahu, dukanya yang bersulam rindu.



Cinta Gila - Dya Vanilla

HARGA: SEM- RM24.90/ SS- 27.90

HARGA BELUM MASUK POS

Sinopsis:

Nurislam...indah namanya sesempurna ciptaan Tuhan.Namun sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta sonsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata.Itulah dunianya.Kehadiran seorang lelaki yang dianggap pengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat,musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja.

Sifat Nurislam yang tidak seperti wanita lain menyebabkan dia terus-terusan jadi hinaan Irham. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.

“Kalaulah aku tahu kau yang jadi laki aku,tak hingin aku nak kahwin dengan kau! kaulah orang yang paling aku benci dekat atas dunia ni!” marah Nurislam.

“Habis, kau ingat aku terdesak sangatlah nak kahwin dengan kau? Sedarlah diri kau tu sikit. Rasanya tak perlulah aku cakap kau tu siapa. Kau sendiri pun tahu. Dengar sini baik-baik. Kalau tak disebabkan ayah akuyang paksa aku buat semua ni, mati hidup semula pun belum tentu aku nak kahwin dengan kau!”

Ada saja hujah lelaki itu untuk menyakitkan hatinya.Dalam keadaan keliru begitu,muncul Asyraf Haqimi cuba menawan hati Nurislam yang berhati batu itu.Sikap Asyraf yang merendah diri jauh berbeza dengan Irham.Sungguh!

“Bagilah peluang pada saya.Pandanglah ke arah saya sekali.Jangan anggap saya seperti tidak wujud.Tolong jangan layan saya begini.”

Keadaan jadi lebih gila bila Irham pula cuba mencuri perhatian Asyraf yang jelas tidak berminat dengan gay sepertinya. Dua lelaki itu akhirnya membawa Nurislam kepada persoalan misteri yang begitu sukar untuk dirungkai.

Dalam kealpaannya, seorang sahabat meninggal dunia kerana kemalangan tragis. Diari sabahatnya yang ditemui mengembalikan Nurislam pada landasan yang sebenar. Dia benci dengan takdir hidupnya. Namun, terlalu indah percaturan Tuhan untuk dipersoalkan.

Kini, dia semakin pasti gerak hatinya benar walaupun sesuatu itu tidak semestinya terjadi seperti apa yang kita inginkan. Pergilah cinta gila, pergilah buat selamanya...




TAKDIR ITU MILIK AKU - SITI ROSMIZAH


NOVEL TERBARU SITI ROSMIZAH

Tajuk : TAKDIR ITU MILIK AKU
Harga : RM 33.90 ( SM ) & RM 36.90 ( SS )
Penulis : Siti Rosmizah
Terbitan : Siti Rosmizah(SR Publication)

Harga BELUM MASUK POS

Sinopsis :

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!