Thursday, September 8, 2011

Jangan Sebut Namaku - Buku Prima Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung - RM22.90; Sabah/Sarawak - RM25.90

Harga Jual: Diskaun 5%

Sinopsis:

Persaingan Engku Aleeyah dan Isabella demi merebut kasih Luqman tidak pernah surut. Engku Aleeyah, gadis Melayu sanggup melakukan apa sahaja demi mengikat kasih Luqman. Isabella gadis pemikir bebas, bermata runcing tidak ingin mengalah. Sehinggalah Isabella hilang ditelan bumi di Hutan Kalawari.

Lima tahun selepas tragedi itu, sesuatu telah kembali menghantui mereka selepas selesai majlis malam reunion di sebuah hotel terkemuka. Satu demi satu teman-teman Luqman dan Engku Aleeyah hilang setiap kali bulan purnama penuh. Kehadiran Fatimah Az-Zahra menambahkan lagi kebuntuan pihak polis apabila maklumat yang cuba disampaikannya tidak logik dek akal. Apakah yang terjadi di sebaliknya?

Bilik 616 - Buku Prima Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung - RM19.90; Sabah/Sarawak - RM22.90

Harga Jual: Diskaun 5%

Sinopsis:

Satu kejadian aneh berlaku di sebuah resort di Negeri Hang Tuah, Melaka. Dengan tidak semena-mena beberapa orang pengunjung yang datang menginap di resort ini tiba-tiba hilang secara misteri. Kehilangan secara misteri itu telah dihidu oleh seorang wartawan bernama Azhar. Dia berminat untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang kehilangan beberapa orang di resort itu. Baginya, kehilangan misteri itu serupa dengan kehilangan yang pernah ditulis di dalam majalahnya itu.

Namun permintaan Azhar tidak dilayan oleh pengurus resort itu, Irene. Kejadian misteri itu berulang lagi menyebabkan pelbagai spekulasi buruk menimpa resort tersebut. Irene mula berasakan jika kejadian ini tidak dibendung, ianya akan menyebabkan resort itu hilang pendapatan. Irene menjadi buntu memikirkan hal ini dan akhirnya dia bersetuju dengan Azhar untuk membongkar misteri itu.

Purnama Merindu - Buku Prima Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung - RM22.90; Sabah/Sarawak - RM25.90

Harga Jual: Diskaun 5%

Sinopsis:

William Shakespeare, Journeys end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian pungguk dan bulan yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira. Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan cinta lara yang ditanggung selama hayat?

Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang hitam antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk Rafique yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan hero cinta cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta?

Uda dan Dara - Bonus Alaf21 Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung - RM22.00/ Sabah&Sarawak-RM25.00

Harga Jual: Diskaun 5%


Sinopsis:

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

Berita Dari Hati - Alaf21 Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung- RM17/ Sabah& Sarawak- RM20

Harga Jual: Diskaun 5%

Sinopsis:

Zaqyah hampir mengkhianati tali pertunangan dengan Aizzel. Gadis itu menerima lamaran Aizzel bukan atas nama cinta, tetapi kerana rasa kasihan. Lantas, saat dipujuk kekasih lama, Hazali, supaya mengikutnya berkahwin di sempadan, Zaqyah tidak berfikir panjang. Malangnya, kelibat Hazali tidak kunjung tiba di stesen kereta api, lokasi pertemuan seperti yang dijanjikan.

Gadis itu pulang dengan penuh kehampaan dan nekad mengotakan kata setuju yang sudah dilafazkan. Fikirannya menyuruh berlaku waras sedangkan hatinya masih tegar diulit memori indah bersama Hazali. Di gerbang perkahwinan, dia masih tidak mampu membuat pilihan dan akhirnya sengsara itu tetap menunggunya. Aizzel seorang suami yang gagal menterjemah cinta lantaran hati tersiat oleh ego lelaki yang keras seperti konkrit. Zaqyah tertanya-tanya mengapa semua lelaki yang dikenali sering mengecewakan hatinya.

Cinta Pandang Kedua - Alaf21 Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung (RM22.00)/Sabah & Sarawak (RM25.00)

Harga Jual: Diskaun 5%

Sinopsis:

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Setia Hujung Nyawa - Alaf21 Julai 2011

Harga Asal: Semenanjung (RM19.90)/Sabah & Sarawak (RM22.90)

Harga Jual: Diskaun 5%

Sinopsis:

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ʻmenyentuhʼ isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukum an ini diterima kerana memang dia bersalah.

Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.